skt902.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skt902@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(ZAINON ABIDIN B CHE TAM)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan warga keluarga sekolah ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat pertautkan hubungan muhibah dengan semua pihak,  demi meningkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Sesuai dengan PIPP yang ingin memperkasakan sekolah semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan demi anak didik dan bakti untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya ilmu kejayaan yang bakal anak didik kecapi kelak berpunca dari semua sudut  terutamanya dalam era yang semakin mencabar. Dan ingatlah usaha mencari dan menambah ilmu itu tidak akan tamat sehingga akhir hayat danianya kelak akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: